BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Friday, 20 January 2017

Tentang diaa

Assalamualaikum , rasa macam lama sangat tak update blog , busy gila ..

okay lah , nak cerita pasal sepanjang kehidupan yang aku lalui dengan orang yang palingg aku , bakal menjadi sebahagian hidup aku . Siapa lagi kalau bukan Muhammad Amirul Fikri .. Sebenarnya aku masih lagi rasa macam tengah mimpi , aku tak pernah sangka langsungg yang aku akan jadi isteri orang . Masih lagi tak percaya aku tunang orang , sebab aku tak pernah jumpa lelaki yang sanggup bersusah payah , kerja tak tentu masa semata2 nak halalkan aku . Memang tak pernah lah dapat laki yang tunjuk effort macam niy sekali , terharu nak menangis nak cubit pipi semua ada .

Tapi aku cuba terpikir sejenak , aku tak la baik , aku lebih banyak buruk tapi kenapa dia pilih aku jadi suri hati dia ?? Nak cakap kekurangan yang ada , memang tak boleh ukur la kan ?? Sebelum nak jadi tunang dia lagi aku cuba istikharah , banyak kali . Bila aku buat keputusan ye aku terima tunangan dia , hati aku tenang sangat . Benarlah orang cakap istikharah tak semestinya petunjuk dari mimpi tapi bila kita dekat dengan dia kita rasa tenang . Yep memang setiap kali aku dengan dia , aku rasa hati aku lain sangat , terasa tenang bila tengok mata dia . Rasa macam satu perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum niy , memang susah lah nak explain sebab aku sendiri pun tak paham macam mana tapi memang rasa sangat ketenangan tuh ada .

Cuma bila negatif aku datang , bila berjauhan dari dia . Aku selalu pikir bukan2 , ada je aku rasa tak kena . Tuh yang sebab jadi gaduh , bila gaduh mula la buat hal masing2 dia . Cuma kami gaduh tak kan sampai sehari , bercakap pasal gaduh . Kat sini la part paling buat aku rasa sayang , gaduh la teruk mana pun , aku buat dia rimas ke ape ke . Dia tak pernah mencarut , sebab asal gaduh je dia akan bagi ayat 'suka hati mamalah' tuh je jawapan yang akan buat masing2 diam , tapi tak sampai sehari dia yang akan mesej balik . Kelakar juga la kalau dipikirkan cara kami gaduh , haha . Sebab tuh orang cakap , dalam relay kita kena gaduh seminggu sekali tapi tak lama sebab tu yang buat kita kekal .

Sejak januari niy datang , aku dah start pening untuk katering,pelamin,photog, baju, makeup semua untuk hari paling bahagia yang akan tiba lagi berapa bulan je . Nasib dah survey , bilaa total kan balik lagi murah ambik asing daripada pakej allin , banyak tuh dia doang ambik komisen . Bulan niy juga banyak berubah dalam kehidupan kami , rezeki makin bertambah . Dia dapat beli kereta persona dia sebelum AGM PPEOC dia tuh dengan dapat buat bilik untuk kami kat rumah dia tuh . Aku pulak , dah konfem dekat office, dapat elaun packing barang kat office, cny aku dapat cuti panjang maklum lah company cina haha .

Buat masa niy tuh jela nak cerita , kat bawah cerita niy aku belanja pic2 yang ada . Sebelum menutup cerita nak wish untuk tunang aka bakal suami Amirul Fikri .
"Papa , mama mintak maaf sebab terlalu sayangkan papa , sebab tuh lah mama akan pikir bukan2 sebab mama takut kehilangan papa . Terima kasih sebab sanggup bersusah payah demi mama demi kita , mama hargai sangat . Semoga apa yang kita rancang niy berjalan lancar dan diredhai Allah Swt , iloveyousooomuch"

Masa niy nak celebrate Anniversary 1y8m

Dia belek cincin tunang sebab dia suka

Nampak tak warna kuning tuh? Haha tuh la kereta yang dia nak sangat tuh

Masa niy kursus pra perkahwinan hari kedua

Ok last, niy masa kat Lost Of Tambun,ipoh . Sehari selepas event MegaTT PPEOC dia tuh .