Assalamualaikum (risau ayah baca , aku tak start bagi salam)
okay , sekarang nak cerita pasal kejadian hari niy maksud aku semalam sebab dah pukul 12.53pagi
bermula nya dimana patut aku bangun pukul 8pagi ada photoshoot tapi terlajak bangun pukul 8.45 ,memang lambat la cerita dia sebab shoot start pukul 10 , aku bersiap makan masa sebab nak makeup lagi , dah lah makeup sendiri . nasib baik tahu basic pasal smoky eyes , kalau tak entah berapa jam nak siap . Dengan aku call si babat tak bangun2 , last2 call syaril suruh hantar sebab dia niy guna Uber , soo murah lah sikit . kalau tak parah aku naik teksi dari Sungai Tangkas nak ke UPM , masa tengah siap boleh pulak mascara tertinggal kat loker tempat kerja . Memang sanggup lah pergi warta kejap , tak boleh kalau makeup dah perfect , tang bulu mata kosong sebab abang photog dah pesan , banyak main lighting nanti .
Sampai-2 je ,aku punya lah ingat 2 orang je photog sebab kak gee cakap nak talent sorang photog ada 2 je , rupa2 nya 6 photog dan aku sorang je talent , memang penat la sebab sejam 1 photog dengan pelbagai pose . Bayangkan dari pukul 10.45pagi sampai pukul 2petang mengadap kamera , tuh takpe lagi , tapi yang teruk sepanjang tuh juga aku kena gigit nyamuk sebabshoot dalam hutan tepi jalan tapi memang cantik la view dia , masa lama sangat photoshoot ,tengok hp masa dah nak balik rupa nya si babat dah lama sampai cuma aku tak perasan sebab park jauh , memang dia tengah merajuk lah sebab cakap habis pukul 12 tapi pukul 2 habis , 2jam dia tunggu .
Saturday, 7 May 2016
Seharian sepanjang Kejadian haha
Niy sebahagian dari photoshoot tadi
1 Talent 6 Photog
Okay habis kejadian photoshoot , masa otw nak balik tuh . memang tengah lapar gila , ajak babat makan tapi boleh dia cakap makan kat rumah sebab nak pergi kerja , memang nak merajuk tapi tak sempat sebab masa isi minyak nampak macam hujan tadi so dia decide tak nak kerja , so aku ajak makan Sushi King kat Metropoint sebab mulut nak makan situ . Hee , so nampak nya babat tak merajuk aku pun happy gila , haha . Masa dah nak balik tuh , tunggu lah babat nak buka kunci motor ambik helmet semua . Masa tengah tunggu tuh, babat tengok kereta honda putih lepas tuh tetiba cakap kat aku 'Apahal dia pandang2 mama macam tuh , ishh pergi masuk balik lah' . sumpah tak tahu pape , mungkin dia nampak lelaki honda tuh usha aku . tuh yang dia jeles , haha . dah ambik helmet tuh dia sarung kat aku suruh tutup muka takut orang tengok aku lagi , hahahaa . aku syak jeles teruk dah niy . Gelak tengok muka dia cemburu macam tuh , lepas tuh bebel 'Suka suka orang tengok macamtuh ' Comel gila perangai dia ,sabo jela .
Masa kat Sushi King,Metropoint Kajang
Tak semua benda cerita lah , so aku cut mana tak penting nak cerita kat sini sebab kalau nak cerita memang panjang . Soo aku cerita , aku nak balik Sg.Buloh dah . So ingat nak mintak hantar kat Kl Sentral je , tapi bila pikir balik susah nak ada masa sekarang . So aku suruh babat hantar sampai sg.buloh , seronok lah sebab spent time lebih sikit dengan dia . Sampai2 rumah aku , aku panggil ayah suruh salam dalam kereta sebab babat pakai seluar sampai paras lutut je . Masa nak salam tuh ayah tahan dia suruh masuk mandi balik lepas isyak , sebab ada kenduri depan rumah . Tak cakap apa lah , seronok juga dapat spent time lagi lama dengan dia , soo balik la rumah . so masa nak tunggu isyak tuh , dah berkumpul aku babat ayah dengan ibu , soo ibu buka soalan pasal tunang . Babat cakap teruskan je 17hb tuh , nanti cincin beli dengan mak . Soo settle , sekarang kena pikir menu apa je nak buat . Lama sikit menyepi ayah boleh ajak dia tidur sini sebab boleh ikut ayah p mana tah tak berapa dengar . aku pikir jap , biar betul ayah aku niy . ishh gilaa ... nasib besok babat pun ada kenduri juga kat sg.tangkas . ok sambung , masa kenduri nak start semua makcik2 cakap muka aku dengan babat sama . Bukan sorang dua cakap , haha .
Lepas settle makan , aku masuk rumah jaga adik2 , jaga anak orang tak berbayar kejap , masa nak keluar ambik air . nampak babat tengah basuh pinggan sorang , rasa kesian gila sebab dia bukan sesiapa kat sini , belum lagi dalam group "Geng Kapak" .Dia cakap bosan tak tahu nak buat apa , soo dia buat pe yang patut . No wonder lah ayah ibu lebih selesa dengan babat , dia semua benda boleh . Semenjak ayah ada anak lelaki si babat niy , asal aku nak bebel sikit dengan babat , ayah ibu backup dia .ishhh , menyampah tapi sayang haha
Nampak tak kerajinan babat disitu , hehe .
Posted by Beybee Jojo at 11:06 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)






