BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Saturday, 25 June 2016

Hari hubby dan family dia datang merisik

Hai , hehe . Lani nak throwback sikit pasal hari merisik , pendek je kot nak cerita . Entah lah , haha

Okay , hari selepas aku balik kampung hubby kat Batu Kurau,Perak . Sabtu tuh family hubby plan datang rumah , sebenarnya tujuan nak ajak bincang je . Tetiba dapat call dari hubby , tanya ukuran jari aku berapa . Memang terkejut lah sebab kan datang cuma bincang je , tapi dia cakap ayah dia segan sebab tangan kosong . Soo depa decide , buat acara merisik terus lah . Janji nya nak sampai 11pagi , tapi ada depan mata pukul 1 kalau tak silap sebab nak cari cincin,buah dengan kek . Haha , takpelah janji datang . Masa ukur tuh ibu dengan kaklang(adik ketiga) ukur 5.5cm so maknanya 15 , terkejut doang sebab 15 memang besar sangat . Ibu ukurkan lebih sikit jari aku .


Dah sampai tuh , memang adat lah sebelum pape kena kenyang kan perut dulu , hilangkan letih doang semua . Dah settle tuh , bermula episod macam mana plan semua . Berapa hantaran bagai , bincang dan bincang . Soo memang semua decide dan setuju pertunangan diadakan pada bulan 7 tuh . Hehe , (kat sini aku ada cut cerita sebab tak semua boleh cerita sangat) Dah habis bincang2 tuh , mula lah sarungkan cincin . Tapi seperti yang dijangkakan , memang besar sangat cincin tuh . Memang kalau pakai cepat jatuh . Hehe tapi takpe , aku tetap pakai . Cuma kat jari tengah lah , terpaksa.



Acara sarung cincin risik tanda setuju 

Masa bincang pasal pertunangan dengan kahwin 

Semenjak dari lepas merisik tuh , aku suka dengan barang kemas . Semenjak tuh juga , dia suka main cincin kat jari tuh . Sepanjang jumpa juga , dia pegang tangan dan spotcheck ada cincin takde . Kalau takde , haa menjawab lah . Dia siasat ok ? Haha .


Okay tuh je nak cerita , nak bercerita pasal kehidupan dengan dia memang banyak sangat . Tapi nanti lah cerita ek ? Hehe , nanti sambung topik lain . Sebab banyak nak throwback , maklumlah baru aktif balik blogger . Hehe chaw dulu , assalamualaikum .











Wednesday, 22 June 2016

Berbuka puasa kat Putrajaya , tempat fav kami


Assalamualaikum , mood nak update blog . Update hari niy nak cerita pasal buka puasa tempat kami , maksud nya tempat fav kami berbuka . Mungkin yang niy cerita pendek tapi tetap cerita lah sebab nak cerita kat anak cucu nanti , senang sikit bila dah jadi tua nyanyuk bila one day cucu tanya "macam mana nenek kenal atuk?" Haha
Tempat fav kami kat Dataran Putrajaya , situ banyak sangat kenangan kami tahun lepas . Terlalu banyak sebab kenangan manis pahit tawar masin masam semua kat situ

Okay , plan nya dari awal puasa lagi bila dia cuti . Tapi setiap kali plan , mesti ada je ibu ayah plan . Memandang kan semalam (sebab dah pukul 3.27pagi) dia cuti mengejut , so ajak la pergi tempat kami kat Dataran Putrajaya hari niy pukul 4 lebih kalau tak silap . Memang awal gila babe sebab takut takde tempat duduk kan ? Jalan punya kat bazaar tuh sampai lenguh , beli 2 3 jenis je . Yang aku dah bau Patin Tempoyakk , memang cari dan terus beli . Fav orang pahang babe ! Haha ..

Niy la tempat meja kami berbuka

Masa dah habis berbuka tuh , tak plan terus serbu Downtown Serdang cari baju raya . Perghh , memang susah weyh nak cari baju warna  Dark peach , ayah aku lah suruh cari warna tak pernah ada . Pening gila mencari dengan tempat nya luas dan tak teratur huhu .

Oklah , niy je nak cerita ..

Wednesday, 8 June 2016

Throwback balik kampung opah hubby

Hai babe , niy update blog sementara nak tunggu dia mesej alamat rumah . Jangan tanya la untuk apa , haha . okay , sekarang aku nak cerita pasal sepanjang aku balik kampung opah dia kat Batu Kurau . Memang rasa nak mintak nyawa gak lah sebab mak dia ajak balik kampung , ada kenduri khatam al-quran adik dia 2 orang tuh , amin dengan irfan . first tuh balik dari kenduri Aliya kawen , masa otw balik mak dia ajak balik kampung , terus aku setuju memang teringin . but , 2 hari lepas tuh , rasa macam takut pulak sebab tak pernah2 lagi lah aku tiudr kampung orang . so cari jalan macam mana nak cancel . Tanya ayah , ayah cakap ada kenduri so bagitahu lah kat dia sebab dah 2kali mintak confirm . sebelum malam dia tanya aku ada pergi mana2 tak sabtu ahad , dengan selamba dan lupa aku cakap takde , so dia cakap besok pack2 barang ikut mak balik kampung , malam tuh tidur rumah dia . sudahhhh , memang segan takut semua ada . tapi dia cakap sabtu tuh lepas dia kerja , dia balik lah . okay lega lah sikit . 3 hari kat sana




First day tuh , semua bangun awal pukul 5 siap2 , aku last mandi bagi izzah fatin dengan mak mandi dulu . sebab semua gerak pukul 6 dari rumah . masa otw tuh , entah apa penat sangat sampai dalam kereta tidur . aku mak dengan adik2 perempuan dia balik dulu , dia balik kemudian . Masa dah sampai tuh , opah dah sambut dulu . Ya allah , tuhan jela yang tahu macam nak cabut nyawa aku . dah rehat aku , terus siap2 kan untuk doorgift orang surau besok nya . masa dah sampai tuh , makin ramai pulak mak sedara dia datang , makin riuh rumah tuh . tapi aku fatin  dengan izza sibuk buat pelamin , malam tuh saja lepak2 ruang tamu sepupu dia yang orang panggil dia angah , dia asyik pandang aku . aku perasan then tanya dia kenapa , dia cakap 'muka akak dah sama dengan abang mirul' . haha kelakar plak .

Hari kedua tuh , pagi2 dah bangun kejarkan apa yang patut . tapi bangun2 keluar bilik tengok dia dah balik , pukul pagi katanya sampai . hehe . aku Breakfast dulu , then kerja aku kat situ basuh pinggan , tapi bosan sangat . aku kemas dapur terus , susun pinggan semua . Dah settle , mandi2 kasi wangi , mak ajak semua anak2 dia dengan aku sekali selfie haha . then selfie la aku dengan dia 


Semua pakat nak baju merah , izza je lain . niy sebelum start baca quran

Mak , izza , irfan , amin dan fatin .
me and dia , makin gemuk haha

Masa niy aku dah rasa makin seronok kat kampung dia sebab borak dengan mak sedara dia , opah , then mak throwback pic2 masa dia tunang , lepas habis tuh pulak makan durian . semua durian sedap , hehe . petang tuh ajak dia beli tiket untuk besok . Rasa macam tak nak balik pun ada sebab dah seronok kan tapi pikir kerja je , mula2 tak nak pergi dah pergi tak nak balik pulak hahaha .
pagi2 tuh dah siap2 balik balik kajang tapi aku dengan dia je , dorang balik besok nyaa .

Dua2 lama tak naik bas , jadi batak jap . haha


Hihi , harap lepas niy aku dapat balik kampung lagi , hubby cakap bulan niy juga nak balik nya sebab nak ambik kereta arwah tokwan tapi tak tahu bila , so kalau dia balik memang ikut lah sebab nak makan durian lagi, nak gurau2 lagi dengan anna,fiera, irfan dengan amin .
Btw to my lovelu hubby , thanks for everything , mama hargai apa yang papa buat untuk kita , hehe . iloveyousoomuch . Lepas niy nak update pasal birthday aku dan hari merisik . bye2