BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Wednesday, 18 May 2016

Pening pasal persiapan untuk tunang

Hai guys , okay nak meluah kat sini sebab kalau meroyan kat twitter memang 5 tweet belum tentu habis , huhu .

Baru nak tunang babe , serabut dia lain macam belum lagi kahwin niy sebab pape belah pompuan . Soo agak terganggu lah dengan menu nya . Date aku nak tunang niy 17hb julai , masa raya . So aku nak buat openhouse+tamu bertandang , biar semua serentak soo aku bajet 100orang . Kawan Belah ibu dah berapa belum lagi ayah dengan adik2 jiran2 lagi , campur pulak belah babay nak datang nanti . macam kenduri kawen je . Haha , tengok pakej tunang siap catering tanpa pelayan semua 3k , jadi kk sebab aku rasa macam nak pelamin . Yela , sekali seumur hidup . Masa dah nak dekat weyhhh , babat yang pilih tarikh tuh . Aku follow the flow

Aku kena relaks dan rege harga lain pulak , kebetulan ada karnival "jum kahwin" kat mid valley minggu niy . Kena bajet yang aku nak , bincang balik dengan babat then bagi ibu duit . Aku serah semua kat ibu untuk beli semua benda termasuk hantaran , apa2 semua ibu . Hehe

Monday, 16 May 2016

Cerita 5hari dengan honeybear

Hai Guys , nak update . Tak lain tak bukan kalau pasal aku dengan babat , Nak ikutkan hari jumaat lepas nak update tapi sebab takde cerita lagi , sooo postpone la hari niy kan ?? Tapi aku cerita dari khamis lepas sampai lah hari niy punya cerita , tak maksud aku semalam sebab dah pukul 12.11pagi . aku rasa memang time mood update blog time cengini kot , haha .




12hb Mei (khamis)
okay lani nak cerita sepanjang spenttime dengan dia bermula hari khamis tuh 12hb , malam rabu tuh aku tak tidur langsung sebab takut terbabas tak kejut babat pergi interview kat Berjaya Hotel , aku bagi dia je tidur dulu . kesian nanti interview mata layu je , haha . pagi tuh dah kejut , siap2 lah teman dia pergi kl tuh . tapi sampai je kat tol sg.ramal hujan dah turun , dah la naik motor , tapi nasib baik dia bawak baju hujan kalau tak memang kuyup la nak masuk interview macam tuh . Dah masuk ofis aku pun tunggu dia kat luar dengan harapan dia dapat lah kerja tuh , soo sementara tunggu jalan2 ts . lama gak tak jadi budak hangout kl niy haha . Lama sikit tuh , aku dapat mesej dari dia tengah ukur baju semua , dia start kerja besok nya . dalam hati aku memang syukur lah . Then aku balas lah , ''rezeki aniversary kita besok dan rezeki kita nak kawen'' Berbaloi juga lah datang naik motor dengan hujan nya, dengan jem teruk lepas tuh sesat sekejap kat KL tuh . Lagi bersyukur sebab dalam masa tuh juga kucing yang nak buat hantaran tunang nanti dah jumpa balik setelah 2hari hilang sebab ada orangcuri , nasib dia bagi balik , kalau tak memang down gila .

13hb Mei (Jumaat)
Genap setahun aku dengan babat bercintan cintun . Tak sangka pejam celik pejam celik je , terasa baru je tengah bermusuh dengan dia kat ofis dulu . haha , sepanjang setahun juga tak pernah tak ketawa setiap kali dating . Pertama kali dalam sejarah aku , dia tak pernah buat aku nak gaduh dengan dia .Gaduh tuh memang ada cuma 2 3 kali , then takde dah . Sedalam dalam niy sayang aku pada dia , sejak dia lamar ajak kahwin tuh lagi teruk aku sayang dia . Mengharap tapi tak terlalu berharap hihi . Masa niy tak celebrate pun sebab hari pertama dia kerja kan ? soo kami post pone hari ahad tuh

14hb Mei (Sabtu)
Pagi subuh tuh dah gerak dari rumah nak ke rumah syaril sebab tumpang kereta syaril , kami naik motor , soo berkumpul lah kat Putrajaya barulah konvoi ke PD ( Port Dickson) dengan PPEOC (cari sendiri sebab bukan club kereta aku, haha)

Carilah aku sebab memang aku pendek, hmm

okay sampai je pd , terus buat apa yang patut . settle je , kakizza suruh makan nasi lemak . Memang aku dengan babat melantak lah , dah habis makan si babat terus terjun dalam laut dengan syaril jaar semua . last2 dengan aku sekali terjun , lantak lah gelap pun gelap lah kan . dah lah aku sorang pompuan yang terjun , yang lain nak jaga kulit katanya haha . Masa dah naik tuh , ingat nak tukar baju dah . sekali kak mas dengan kak yani tak bagi , awal lagi katanyaa . Cakap jela nak ikut turun sekali , haha . okay lah , masa semua sambung balik mandi , boleh pulak main bola tampar kat laut yang aku jadi jaring tengah tuh , dah la bola tuh asyik kena kepala aku je (i hate this part)huhu 






15hb Mei (Ahad)
Ahad tengah hari tuh terbangun lambat , ingat nak gerak pukul 12 pergi kenduri Aliya kawen , kawan sekolah dia . Nak cari hadiah , tapi lambat pulak . Mak dengan adik2 dia pun tak siap lagi , soo sampai lah sana pukul 2 lebih kalau tak silap . Sampai2 je , cari Aliya dulu salam dan ucaplah tahniah . Masa tengah ambik lauk tuh , nampak pulak ex gf dia duduk kat meja dekat2 dengan kami . Lantak kan jelah , janji tak kacau aku dengan dia . Masa nak ambik gambar nampak Lulu Realla , friendlist wechat yang dah lama , kalau tak silap dah dua tahun . Friend pun sebab satu group raver dahulu , tak ingat dah group mana sebab da lama berhenti . Dah habis makan , so bersesi gambar lah dalam majlis tuh


Tahniah Aliya dan Lukman

Niy lah Lulu Realla

bergambar dengan dia dan bakal mak mertua

Bersama adik2 ipar dan mak mertua 

Haa , yang niy dengan Ratu sehari , Aliya Azira

Lepas hantar mak dengan adik2 balik , sambung date kat IOICityMall,Putrajaya . masa perjalanan aku tanya dia , ada nampak ex dia ke katanya tak . Dia pun cakap kalau nampak pun , biar jelah . Dah terang2 la dia lebih pilih siapa dari pikir perasaan , lagipun aku ada backup besar katanyaa . haha , okay sambung dah sampai sana ingat nak tengok cerita 'Ada Apa Dengan Cinta' tapi mata nampak 'Angry Bird movie' Memang aku pilih cerita tuh dulu lah , hee . Tapi movie tuh start pukul 9.20 , soo balik mandi dulu buat apa yang patut . so sebelum tuh hantar fatin(adik dia) balik tadika dulu . Memang sampai lambat lah dengan jalan nya , nak tunggu pocorn lagi . So bayangkan 9.20 tapi masuk pukul 10 , tak kesah lah . Janji dah tunaikan untuk celebrate Aniversary kami yang ke setahun 

Otw Beli tiket wayang awal2 tapi masuk nya 9.20 haha

Otw beli tiket wayang awal2

Sementara tunggu turn nak beli pocorn 

16hb Mei (Isnin)
Macam biasa pukul 5.15 kejut dia nak pergi kerja , tak dapat nak siap kan breakfast sebab aku tak sebumbung lagi dengan dia . soo hanya mampu kejutkan dia pakai hp jela , ayah mesej suruh balik jaga adik2 sebab takde siapa nak jaga , soo aku decide , tunggu dia kat ts tuh balik , makan kat Food Court ts tuh je . Lepas makan tuh dia pun hantar lah sampai monorel tuh , masa otw tuh . dia bagi belanja RM10 , nafkah katanya . Dah salam tuh terasa macam setahun je nak pergi , sebab tengok dia turun tangga dah mula rasa rindu . Mendalam gila , tak pernah2 lah meroyan macam niy . dengan ex aku lagi lama 7tahun tuh tapi tak pernah rasa macam aku rasa untuk dia , ex aku tuh lagi suka tak nampak muka dia adalah . eii pergilah mampus dengan ex aku tuh , rasa macam nak balik je . Baru sehari , belum lagi 3bulan , sebab ibu cakap 3bulan sebelum kahwin tak boleh jumpa . Hilang serilah katakan , tak tahu lah betul tak .




okay habis dah 5hari bersama dia ,memang panjang . ingat senang nak ingat balik , haha . Tapi disini ingin menyatakan sesuatu yang tersirat dalam hati
Dear Honeybear , jagalah hubungan kita niy sampai bila . Sehari tak jumpa terasa macam mati akal , tapi sebab kerja untuk kita , mama paham situasi , takpelah tak jumpa asal kan awak tak pernah berubah hati. Sama2 jaga ye ? mama rindu awak teruk sangat niy , baru sehari dah macam niy belum lagi bila kita ditakdirkan berpisah , hmm . Harap hubungan kita sampai ke cucu kita naik pelamin , hihi . Pertunangan kita dah tak lama , perkahwinan kita juga tak lama . Semoga dipermudahkan , aminnn , sayangg awak MUHAMMAD AMIRUL FIKRI AHMAD ZAINI 


Saturday, 7 May 2016

Seharian sepanjang Kejadian haha

Assalamualaikum (risau ayah baca , aku tak start bagi salam)

okay , sekarang nak cerita pasal kejadian hari niy maksud aku semalam sebab dah pukul 12.53pagi
bermula nya dimana patut aku bangun pukul 8pagi ada photoshoot tapi terlajak bangun pukul 8.45 ,memang lambat la cerita dia sebab shoot start pukul 10 , aku bersiap makan masa sebab nak makeup lagi , dah lah makeup sendiri . nasib baik tahu basic pasal smoky eyes , kalau tak entah berapa jam nak siap . Dengan aku call si babat tak bangun2 , last2 call syaril suruh hantar sebab dia niy guna Uber , soo murah lah sikit . kalau tak parah aku naik teksi dari Sungai Tangkas nak ke UPM , masa tengah siap boleh pulak mascara tertinggal kat loker tempat kerja . Memang sanggup lah pergi warta kejap , tak boleh kalau makeup dah perfect , tang bulu mata kosong sebab abang photog dah pesan , banyak main lighting nanti .

Sampai-2 je ,aku punya lah ingat 2 orang je photog sebab kak gee cakap nak talent sorang photog ada 2 je , rupa2 nya 6 photog dan aku sorang je talent , memang penat la sebab sejam 1 photog dengan pelbagai pose . Bayangkan dari pukul 10.45pagi sampai pukul 2petang mengadap kamera , tuh takpe lagi , tapi yang teruk sepanjang tuh juga aku kena gigit nyamuk sebabshoot dalam hutan tepi jalan tapi memang cantik la view dia , masa lama sangat photoshoot ,tengok hp masa dah nak balik rupa nya si babat dah lama sampai cuma aku tak perasan sebab park jauh , memang dia tengah merajuk lah sebab cakap habis pukul 12 tapi pukul 2 habis , 2jam dia tunggu .



Niy sebahagian dari photoshoot tadi 



1 Talent 6 Photog 


Okay habis kejadian photoshoot , masa otw nak balik tuh . memang tengah lapar gila , ajak babat makan tapi boleh dia cakap makan kat rumah sebab nak pergi kerja , memang nak merajuk tapi tak sempat sebab masa isi minyak nampak macam hujan tadi so dia decide tak nak kerja , so aku ajak makan Sushi King kat Metropoint sebab mulut nak makan situ . Hee , so nampak nya babat tak merajuk aku pun happy gila , haha . Masa dah nak balik tuh , tunggu lah babat nak buka kunci motor ambik helmet semua . Masa tengah tunggu tuh, babat tengok kereta honda putih lepas tuh tetiba cakap kat aku 'Apahal dia pandang2 mama macam tuh , ishh pergi masuk balik lah' . sumpah tak tahu pape , mungkin dia nampak lelaki honda tuh usha aku . tuh yang dia jeles , haha . dah ambik helmet tuh dia sarung kat aku  suruh tutup muka takut orang tengok aku lagi , hahahaa . aku syak jeles teruk dah niy . Gelak tengok muka dia cemburu macam tuh , lepas tuh bebel 'Suka suka orang tengok macamtuh ' Comel gila perangai dia ,sabo jela . 

Masa kat Sushi King,Metropoint Kajang

Tak semua benda cerita lah , so aku cut mana tak penting nak cerita kat sini sebab kalau nak cerita memang panjang . Soo aku cerita , aku nak balik Sg.Buloh dah . So ingat nak mintak hantar kat Kl Sentral je , tapi bila pikir balik susah nak ada masa sekarang . So aku suruh babat hantar sampai sg.buloh , seronok lah sebab spent time lebih sikit dengan dia . Sampai2 rumah aku , aku panggil ayah suruh salam dalam kereta sebab babat pakai seluar sampai paras lutut je . Masa nak salam tuh ayah tahan dia suruh masuk mandi balik lepas isyak , sebab ada kenduri depan rumah . Tak cakap apa lah , seronok juga dapat spent time lagi lama dengan dia , soo balik la rumah . so masa nak tunggu isyak tuh , dah berkumpul aku babat ayah dengan ibu , soo ibu buka soalan pasal tunang . Babat cakap teruskan je 17hb tuh , nanti cincin beli dengan mak . Soo settle , sekarang kena pikir menu apa je nak buat . Lama sikit menyepi ayah boleh ajak dia tidur sini sebab boleh ikut ayah p mana tah tak berapa dengar .  aku pikir jap , biar betul ayah aku niy . ishh gilaa ... nasib besok babat pun ada kenduri juga kat sg.tangkas . ok sambung , masa kenduri nak start semua makcik2 cakap muka aku dengan babat sama . Bukan sorang dua cakap , haha .

Lepas settle makan , aku masuk rumah jaga adik2 , jaga anak orang tak berbayar kejap , masa nak keluar ambik air . nampak babat tengah basuh pinggan sorang , rasa kesian gila sebab dia bukan sesiapa kat sini , belum lagi dalam group "Geng Kapak" .Dia cakap bosan tak tahu nak buat apa , soo dia buat pe yang patut . No wonder lah ayah ibu lebih selesa dengan babat , dia semua benda boleh . Semenjak ayah ada anak lelaki si babat niy , asal aku nak bebel sikit dengan babat , ayah ibu backup dia .ishhh , menyampah tapi sayang haha

Nampak tak kerajinan babat disitu , hehe .